Youtube Lubuk Duit Untuk Artis Tempatan

on 23 Mar 2012


Wah! Aku rasa ni memang 1 berita yang baekk punya untuk artis-artis tempatan kita. Berdasarkan sumber, baru-baru ni pihak pengurusan youtube telah sign kontrak perjanjian dengan Music Author Copyright Protection (MACP) bagi membolehkan artis-artis, pemuzik dan komposer tempatan menjana pendapatan di youtube. Fuuuu! Youtube dah jadi lubuk duit untuk artis tempatan! 

Selain dari membolehkan artis-artis menjana pendapatan, tujuan perjanjian ni dibuat ialah untuk menjaga hak dan memantau hasil karya diaorang yang digunakan secara meluas. Dan yang menariknya, perjanjian ni masih belum dibuat dengan mana-mana negara lagi kecuali malaysia. Ini bermakna artis-artis tempatan ialah golongan artis terawal yang dapat menjana pendapatan melalui youtube.

Serius, pada aku ni rezeki bergolek untuk artis-artis tempatan. Kalau duit tak masuk sebab tak dapat apa-apa projek untuk 1 tempoh yang lama, artis-artis tempatan bolehla gunakan youtube untuk jana pendapatan.   Lagi 1 aku confirm perjanjian ni akan bagi impak positif pada industri hiburan malaysia sebab sekarang youtube secara rasmi dah pun menjadi media penyebaran hasil karya-karya artis tempatan.

Anyway, youtube malaysia boleh diakses melalui : www.youtube.com.my. Ada banyak lagi kelebihan youtube malaysia ni. Antara dia, user dari malaysia dapat mencari video yang nak ditonton dengan lebih tepat. So tak delah kita kena check satu-satu video untuk confirmkan tu video yang kita nak tengok. Cool!


Sumber : Mstar online

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

No name said...

makin ramai artis youtube. Mutu kualiti? Tak tahu lar


23 March 2012 at 14:51