Mamat Sepah Berani Mengaku Masih Cintakan Fida

on 23 Mar 2012

Kesian pulak aku tengok mamat sepah. Baru-baru ni di akhbar kosmo, mamat dengan beraninya mengaku masih cintakan rafidah ibrahim atau fida. Maksud aku dengan berani tu, mamat membuat pengakuan macam tu dengan keadaan fida sekarang yang dah ada teman lelaki.


Tapi walaupun dah putus, mamat dengan fida masih lagi berkawan baik. Kata mamat di akhbar kosmo :

"Sebenarnya saya dan Fida masih menjalinkan hubungan, tetapi hanya sebagai kawan biasa. Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, kami berdua akan keluar bersama-sama kalau ada kelapangan dan hubungan kami tetap baik. 

Tidak dinafikan ada beberapa orang rakan saya yang agak pelik apabila kami berkawan, namun apa salahnya kalau kami berkawan. Saya sendiri langsung tidak menyimpan perasaan dendam terhadapnya, meskipun dia yang membuat keputusan untuk mengakhiri percintaan kami."

Ini pulak jawapan mamat bila ditanya perasaan dia pada fida :

"Saya akui perasaan sayang dan cinta terhadap Fida masih ada. Saya tetap berharap agar mendapat peluang kedua untuk bercinta semula dengannya dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama."

Kesian mamat.. Sebagai lelaki aku faham apa yang mamat rasa. Tapi nak buat macam mana. Nasi dah jadi bubur. Tapi kan, pada aku lah mamat tak sepatutnya berterus-terang pasal perasaan dia. Sebab fida dah ada boyfriend. Apa pulak kata fida dan boyfriend bila dapat tahu pengakuan berani mati mamat ni? Silap-silap nanti putus kawan dengan fida pulak kerana pengakuan berani mati mamat ni. 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }