Mempunyai payudara yang besar, berisi adalah keinginan hampir semua wanita. Namun tak semua wanita lahir dengan saiz dada yang diinginkan. Sekarang ada cara membesarkan payudara dengan menggunakan teknik pelik tetapi berkesan iaitu 'Breast Slap'.
Breast Slap ini adalah dengan mengurut dan menepuk-nepuk payudara hingga mereka terasa sakit. Berdasarkan penelitian yang dilakukan pada sekitar 20 orang wanita Thailand berusia 20-60 tahun, teknik ini mampu memperbesar payudara mereka hingga 10 cm hanya dalam enam sesi terapi.
Pemerintah Thailand sejak 2003, bahkan telah mendana penelitian khusus untuk teknik ini dan mencadangkan para wanita yang sudah meng-implan buah dadanya beralih ke teknik Breast Slap yang lebih natural.
Breast Slap diperkenalkan oleh Khemmikka Na Songkhla, terapis kecantikan alternatif yang tinggal di Bangkok. Selama lebih dari 20 tahun, Khemmikka yang kini berusia 43 masih aktif melayani pesakit yang ingin memperbesar bahagian dada di kliniknya yang terletak di Bangkok. Pesakinya datang dari berbagai lapisan usia, mulai dari yang masih 20-an tahun hingga nenek-nenek umur 70-an tahun.
Selain tidak menyebabkan risiko kanser payudara, satu lagi keuntungannya adalah soal harga. Jika harga implan silikon bahagian dada boleh mencapai puluhan juta, harga terapi Breast Slap ini hanya sekitar 4.5 juta (mata wang thailand) saja untuk enam sesi terapi.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment