Kalau Tak Nak Bayi Ni, Buang Je

on 27 Feb 2012

KUALA TERENGGANU : “Ambillah budak ini, kalau tak nak jaga buang je, budak ini baik, tak menangis,” kata seorang wanita warga emas kepada Wan Shahira Wan Nazri, 23, ketika meninggalkan bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu di pintu depan rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, petang kelmarin. 

Menurutnya, selepas berkata demikian, wanita berusia lingkungan 70-an itu meletakkan bayi malang yang dianggarkan seberat tiga kilogram dan masih bertali pusat itu di atas pengalas kaki di depan pintu sebelum bergegas meninggalkan rumah dalam kejadian jam 6 petang. 



Wan Shahira berkata, kejadian berlaku ketika dia menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di ruang tamu manakala ibu bapa angkatnya tiada di rumah kerana berniaga di kedai makan. “Pada mulanya, saya mencadangkan kepada wanita terbabit supaya menyerahkan bayi itu kepada ibu angkat selepas dia mendakwa mengenali ibu.

“Wanita itu juga mendakwa tinggal di Jerangau, Hulu Terengganu, di tempat di mana ibu angkat saya berasal. Dia datang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser lama berwarna merah dipandu seorang lelaki yang kelihatan berusia hampir sebaya dengan wanita terbabit dan ketika kejadian, lelaki itu hanya menunggu di dalam kereta,” katanya. 

Sementara itu, Rashid berkata, selepas dimaklumkan Wan Shahira mengenai kejadian terbabit, dia terus menghubungi Balai Polis Chabang Tiga, di sini, jam 9 malam. 

Bayi terbabit kemudian dibawa anggota polis ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dengan ditemani Wan Shahira dan seorang jiran pada jam 11.50 malam sebelum mereka membuat laporan di Pondok Polis HSNZ jam 12.30 pagi semalam.

*Blog Hawau : Apalah nak jadi dengan orang kita ni. Bayi tu kan makhluk bernyawa. Boleh pulak main pass pass kat orang lain macam anak patung.
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

mrs. kam!kaze said...

tak der ker sape2 nk tinggalkan baby kat depan umah haku ??


27 February 2012 at 10:49