Orang Asli Menang Kereta Mercedes

on 27 Feb 2012

SEREMBAN : Sapiah Aping, 45, Orang Asli suku kaum Semaling memenangi sebuah Mercedes Benz E200 CGI berharga RM375,000 melalui cabutan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN), di sini, semalam. 


Sapiah yang tidak menyangka memenangi hadiah pertama bagi Januari iaitu sebuah kereta idaman ramai, bersyukur dengan rezeki diterima. 

“Walaupun tiada lesen memandu, saya akan cuba mendapatkannya kerana kini ada kereta sendiri,” katanya ketika ditemui di Terminal 2, di sini, semalam. Menurutnya, dia dimaklumkan kakitangan bank terbabit melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta. 

“Namun, saya tidak percaya memenangi kereta Mercedes Benz yang menjadi idaman ramai. Ketika tiba di sini, saya terkejut berikutan tidak percaya kereta berharga RM375,000 menjadi milik saya,” katanya yang belum berkahwin. 

Sapiah berkata, dia tidak bercadang menjual kereta itu, sebaliknya akan menggunakannya sebaik mendapat lesen. “Saya tidak akan menjualnya dan buat masa ini akan menyuruh adik lelaki menjadi pemandu tetap saya,” katanya.

*Blog Hawau : Bertuah betul sapiah ni~
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }