Moyang Terlampau

on 27 Feb 2012

SUBANG JAYA : Lelaki berusia 75 tahun ini memiliki dua isteri dan sudah bercicit. Bagaimanapun, status itu langsung tidak menghalang dia yang boleh digelar moyang meneruskan kegilaannya terhadap gadis belasan tahun. 

Bagi mencapai hajatnya, moyang terbabit yang berharta tidak berkira untuk menghamburkan wang, asalkan ‘pucuk muda’ diidam jatuh ke tangan. Dia juga didakwa tidak teragak-agak menggunakan khidmat bomoh untuk menyihir mangsa andai kemahuannya ditolak gadis idaman yang sebaya cicitnya. 

Setakat ini, tiga gadis belasan tahun mendakwa dinodai moyang terlampau terbabit yang dikenali dengan nama Borhan hingga seorang daripada mereka mengandung anak luar nikah. 

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 17, mendakwa mengenali Borhan di sebuah pusat karaoke ketika moyang terbabit datang ke pusat hiburan itu untuk berhibur.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }