Ogy Batalkan Niat Saman Johan Raja Lawak

on 14 Mar 2012

Aku rasa johan dah boleh tarik nafas lega bila dapat tahu hal ni. Berdasarkan sumber, kak ogy dah pun batalkan niat nak saman johan kerana lawak melampau johan yang dikatakan mempermainkan kak ogy masa diaorang jadi hos untuk 1 acara ni tak lama dulu.


Ini respon kak ogy pasal hal ni kepada wartawan mstar :

"Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini. Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia. Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut. Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda."

Pada aku apa yang kak ogy cakap tu ada betulnya. Lagi 1, nasib baiklah kak ogy fikir banyak kali pasal hal ni dan akhirnya dia batalkan niat nak saman johan.. Kalau tak, aku confirm peminat-peminat johan dengan haters akan 'serang' kak ogy pulak. Anyway, diharap johan dan pelawak lain  jadikan hal ni sebagai iktibar. 

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

faizalnizam said...

Elok la tu. kalau jadi court case mmg melarat pun.


14 March 2012 at 14:09
Fadzmie said...

Elok sangatlah tu. Tak payah nak tambah-tambah isu lagi. Buat sakit telinga.


14 March 2012 at 15:29