Filem 7 Petala Langit Sebab Diana Amir Bertudung

on 15 Mar 2012

Kita tahu diana amir ni macam mana cara pemakaian dia. Kalau tak tahu, korang google gambar diana amir. Tapi itu dulu. Sekarang alhamdullillah diana amir dah berubah. Dah bertudung. Bila dah bertudung makin cun pulak. Hehe. Terima kasih kepada filem 7 petala langit yang mana watak yang dipegang diana dalam filem tu berjaya membuka pintu hati diana untuk bertudung.



















Ni respon dari diana amir di akhbar kosmo hari ni pasal hal ni:

“Ini merupakan filem pertama menampilkan Diana bertudung walaupun ketika itu di alam realiti saya masih belum bertudung. Keistimewaan filem ini adalah ia memberi kelebihan kepada Diana untuk berubah. Semasa penggambaran filem ini, saya rasa terbuka hati untuk berhijrah diri. 

Ini kerana selama sebulan dan sepanjang penggambaran, hari-hari saya memakai tudung walaupun di luar set untuk lebih menjiwai watak. Diana akui, filem ini memang salah satu sebab untuk Diana berubah.”

Pada aku biarlah apa pun sebabnya, yang penting dia bertudung, aurat dia tertutup jugak akhirnya. Tu yang paling penting. Ikhlas atau tak bertudung, tu urusan dia dengan allah. 

Anyway, diharapkan dengan penghijrahan diana ni akan membuka pintu hati artis-artis perempuan malaysia yang lain untuk bertudung dan moga-moga tawaran berlakon diana amir akan semakin mencurah-mencurah selepas ni. Insyaallah.

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

dariilhamkehati said...

semoga perubahan kepada yang lebih baik lagi , insyaALLAH , kalaw ta perlu jadik pelakon lagik , hehehe


16 March 2012 at 01:09