Izara Aishah - Antara Karier Dan Pengajian, Jadi Cover Majalah Rapi

on 14 Mar 2012

Kali ni tiba giliran izara aishah jadi cover untuk majalah rapi. I likeee! Dan macam biasa, izara tetap nampak cantik dan comel, cantik dan comel. Heheh. Majalah rapi terbaru kali ni pada aku ialah 1 keluaran yang epik sebab majalah ni berada di pasaran lepas drama vanilla coklat tamat semalam. 


Ni sedikit spoiler intipati majalah terbaru rapi. Selepas drama vanilla coklat, kredibiliti izara aishah semakin kukuh dan menjadi perhatian producer-producer drama dan mungkin jugak filem sehinggakan izara ada bercadang nak tangguhkan study dia kat sunway college selama setahun. 

Ini sebab izara cuma mampu fokus 1 kerja dalam 1 masa. Pada aku memang patut pun tangguh study tu. Kalau nak carry on study sekali, silap-silap study tu ke lautla perginye. Yelah, mana ada masa nak study kalau dah sibuk dengan shooting? Lagi izara ada juga bercadang untuk jadi ahli perniagaan sekiranya 1 hari nanti dia tak boleh lagi bagi commitment dengan dunia lakonan.

Actually ada banyak lagi cerita terbaru izara aishah. So pada peminat izara, kalau korang nak tahu lebih lagi cerita terbaru izara, dapatkan majalah rapi di kedai berhampiran sebelum majalah rapi ni sold out.


*Go izara go!

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }