Facepalm : Dapur Gas Jenama Iphone Dari China

on 26 Feb 2012

Pereka dengan pengeluar produk dari negeri china memang kreatif.. Kreatif dalam menciplak jenama terkenal untuk lakukan produk diaorang. Contohnya cerek elektrik jenama microsoft. Yang selalu aku nampak produk dari china ni handphone. Bentuk macam N70 Nokia sekali bila tengok jenama : Nokla. Siot.

Yang terbaru ni pulak, diaorang keluarkan produk dapur gas jenama iphone.


Tapi belum sempat pengeluar tu kaya guna cara menumpang brand terkenal, pihak berkuasa china dah pun menyita 681 unit dapur gas jenama iphone ni. Ni 1 langkah yang bijak dari pihak berkuasa china sebab kalau kantoi dengan syarikat apple, confirm kena saman berjuta-juta pengeluar tu. Lagipun, ini MUNGKIN salah 1 langkah dari kerajaan china untuk bersihkan semula nama negeri china yang terkenal dengan terma 'kaki ciplak'. 

Anyway, untuk pengetahuan korang, di negeri china ada sebuah kedai apple store. Pun ciplak jugak (double facepalm).

Sumber : Engadget
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }