70% Ahli Keluarga Lepas Tangan Kebajikan Ibu Bapa

on 26 Feb 2012

JOHOR BAHRU : Bukan saja tidak menjenguk ibu bapa di pusat jagaan, malah kira-kira 70 peratus ahli keluarga bersikap lepas tangan berkaitan kebajikan golongan berkenaan kerana gagal tampil memberi sebarang bentuk sumbangan bagi meringankan beban pusat jagaan. 

Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 52, berkata, ia mengakibatkan pihak sepertinya terpaksa menggunakan simpanan keluarga selain bantuan daripada sumber lain bagi menampung perbelanjaan harian pusat jagaan. 

“Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan kini memberi perlindungan kepada 70 warga emas termasuk pesakit kronik yang hilang upaya. “Penjagaan yang diberikan kepada mereka mengambil kira tempat tinggal selesa, makanan seimbang selain layanan mesra,” katanya, semalam. 

Norijah mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam berkaitan sikap lepas tangan lima anak seorang warga emas berusia 75 tahun dikenali sebagai Wak. Wak pada mulanya keluar rumah sebelum menghuni pondok buruk di hutan di Kluang dan diselamatkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 2010. 

Pertengahan bulan lalu, lima beradik terbabit datang ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan untuk meminjamnya buat beberapa jam bagi menyelesaikan urusan pembahagian harta sebelum dikembalikan semula.  

Perkara terbabit menyebabkan Wak tertekan kerana hasratnya bermesra dengan anak serta cucu tidak kesampaian. Menurut Norijah, hanya 18 waris warga emas yang tinggal di pusat jagaan berkenaan memberi sumbangan bulanan
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }