Rihanna Upah Pengawal Untuk Jaga Payudaranya

on 26 Aug 2012

Penyanyi popular, Rihanna yang sering beraksi dan berpakaian menjolok mata di hadapan khalayak akhirnya memilih untuk memiliki seorang pengawal untuk menjaga payu daranya. 


Pengawal payu dara itu berperanan menjaga aset rihanna itu dari menjadi tumpuan dan untuk mengelakkan dari diraba peminat terutamanya bila rihanna berdekatan dengan peminatnya. Lelaki bertubuh besar yang mengiringi Rihanna itu juga dilihat memegang payu dara penyanyi tersebut selepas dia habis membuat persembahan di Montreal, Kanada beberapa bulan lalu. 

Sebelum ini, Rihanna, 23, yang membuat persembahan pada konsert jelajah di Miami minggu lalu dianggap seperti seorang penari erotik di kelab malam. Dia juga pernah menggemparkan industri hiburan setelah dipukul oleh bekas kekasihnya, Chris Brown tiga tahun lalu.

*Apa bezanya pengawal dan peminat pegang tempat tu?? 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }