Najib : Pendapatan Rm3000 Syarat Layak Mohon RMR1M

on 25 Feb 2012

ALOR GAJAH : Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 syarat layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini. 

Perdana Menteri berkata beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini. Program perumahan itu, katanya, membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia. 

"Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi 'Industrialised Building System' (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon," katanya ketika melancarkan lapan model baru RMR1M di Durian Tunggal Melaka. 

Najib menarik perhatian bahawa program itu kini dikenali sebagai RMR1M bertujuan membudayakan semangat 1Malaysia dalam kalangan penghuninya. Najib berkata borang permohonan boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem 'online' bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan. 

Pembinaan RMR1M berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia. - BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }