Loji Nadir Radioaktif Di Kuantan Dijamin Selamat

on 25 Feb 2012

DENGKIL : Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengesahkan tahap radioaktif di lokasi operasi loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan berada di paras normal dan tidak mendatangkan risiko kepada penduduk di kawasan itu. 

Ketua Pengarah AELB, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata, pemantauan setiap hari mendapati paras radioaktif di kawasan berkenaan hanya berada pada 0.2 microsievert (cara ukur radiasi). Menurutnya, pemantauan membabitkan tujuh stesen kekal di kawasan itu bertujuan mengesan dan mengumpul bacaan radioaktif, sekali gus memastikan tahap keselamatan terjamin. 

“Setiap hari kita melakukan pemantauan kerana bacaan radioaktif berbeza dan boleh berubah. Kejadian air pasang surut turut mempengaruhi bacaan radioaktif itu. “Kita mengumpul bacaan tahap radioaktif bermula dengan jarak satu kilometer (km), seterusnya dalam jarak lima km, 10km dan 20km dari tapak projek berkenaan,” katanya. 

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah AELB, Dr Noorhasmah Khairullah dan Pengarah Bahagian Penguatkuasa AELB, Hamrah Mohd Ali. Pembinaan loji itu yang membabitkan kos RM1.3 bilion menerima pelbagai reaksi daripada segenap lapisan masyarakat, malah ada pihak tertentu cuba menarik perhatian orang ramai melalui Himpunan Hijau 2.0 untuk menyuarakan bantahan. 

Raja Abdul Aziz berkata, penduduk di kawasan berkenaan tidak perlu gusar kerana pihaknya sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan mereka selamat. Pemantauan mengenai paras radioaktif di Gebeng dilakukan sudah lama, sejak akhir 2008 iaitu sebelum isu itu dibangkitkan, malah sebelum syarikat Lynas memohon lesen untuk melaksanakan projek berkenaan. 

“Justeru, penduduk tidak perlu bimbang kerana kita sentiasa memantau dan memastikan mereka selamat,”
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }