Rozita Che Wan : Cuma Lelaki Kacak Dan Kaya Sesuai Jadi Suami Saya

on 23 Aug 2012

Rozita che wan : hanya lelaki kacak dan kaya sesuai jadi suami saya - Berkemampuan adalah perkataan kiasan oleh wanita untuk gambarkan lelaki yang kaya dan berharta. Jadi, buang saja perkataan berkemampuan itu dan guna saja dengan kaya dan berharta. Heh. 

rozita che wan 2012 cari lelaki kacak dan kaya

Siapakah lagi yang jujur di hari raya Aidilfitri nan mulia ini? Ya, insan itu ialah Rozita Che Wan dan beliau mengakui dirinya kini sedang mencari lelaki kacak dan kaya. Melalui mStar Online, Rozita Che Wan berkata beliau mempunyai kriteria tersendiri sebelum berkawan dengan mana mana lelaki terutamanya yang muda. 

Lebih menarik kriteria yang disenaraikan oleh Rozita memang menampak beliau demand tetapi beliau mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian. “Saya suka lelaki yang kacak, tidak banyak kerenah & matang dalam menangani hubungan, bukannya lelaki yang perlu saya bimbing.”

“Apa yang menyakitkan kalau ditipu oleh lelaki biasa yang kekurangan banyak aspek. Sebab itu, saya lebih rela mencari kekasih yang kacak dan berharta,” kata beliau. Dan kenyataan itu keluar kerana beliau memikirkan risiko yang ditanggung jika bercinta dengan lelaki biasa mempunyai banyak kekurangan. Jadi lebih baik bercinta dengan lelaki yang ‘sempurna’.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }