Foto : Shila Amzah Dan Sharnaaz Terperangkap Dalam Banjir

on 9 Mar 2012

PETALING JAYA - Shila amzah dan sharnaaz ahmad memberitahu mereka terperangkap dalam banjir kilat yang berlaku di Batu 11, Ulu Langat di Kuala Lumpur lewat malam Rabu lepas. Sharnaaz berkata, air memasuki keretanya jenis Waja itu sehingga ke paras stereng. 


“Ini adalah pengalaman pertama saya mengharungi keadaan sebegini dan ia cukup menakutkan tambahan pula ketika itu Shila ada bersama saya. Bagaimanapun saya bersyukur kami terselamat dalam kejadian itu tanpa sebarang kecederaan." 

Menceritakan detik cemas ketika kejadian itu, Sharnaaz berkata dia dan Shila baru selesai menikmati makan malam di sebuah restoran berhampiran bersama ibu Shila. "Pada mulanya Shila dan ibunya datang bersama tetapi masa balik dia balik dengan saya diekori oleh ibunya di belakang. 

"Masa kejadian saya singgah di stesen minyak di Batu 11, Ulu Langat dan diberitahu oleh ibunya untuk berpatah balik kerana jalan menghala ke rumah Shila di Ampang telah dinaiki air. Saya cuba berpatah balik untuk ikut melalui laluan Bukit Ampang tetapi jalan telah ditutup oleh pihak polis," ujarnya. 

Tambahnya, hujan yang lebat telah menyebabkan limpahan air daripada Sungai Serai naik dengan cepat sehingga telah memaksa mereka melarikan diri ke dalam sebuah lori bagi menyelamatkan diri.

"Ia adalah pengalaman yang cukup buruk setakat ini buat saya dan Shila. Nasib baik dia juga seorang yang kuat semangat," katanya. Sementara itu, Shila menerusi akaun Twitter miliknya turut menceritakan pengalamannya terperangkap selama 12 jam akibat banjir kilat yang berlaku di kawasan itu. 

"Kami terpaksa bermalam di atas lori yang tidak berbumbung dan mengharungi hujan lebat sepanjang malam dan hanya keluar daripada kawasan itu lewat pagi ini," ujar penyanyi itu menerusi satu entri di Twitter. 

Sumber : Mstar Online
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }