Gambar : Almy Nadia Dah Ada Anak Angkat Rupanya

on 9 Mar 2012

Tak sangka pulak aku almy nadia ada anak angkat. Dari gambar kat bawah ni, memang nampak mesra almy dengan anak angkatnya, nurafrina darwisya. Sweet sesangat. Dan untuk pengetahuan korang dengan peminat almy yang masih tak tahu pasal ni, dah 3 tahun almy jaga nurafrina.


Ini temuramah almy nadia dengan sumber, oh bulan pasal hal ni :

Saya memang ada anak dan dia sudah berusia 3 tahun. Saya ambil dia ketika dia masih bayi lagi dari saudara dan kini saya sedang menguruskan surat beranak untuk dia, Nurafrina Darwisya, di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Harapan saya pada tahun 2012 ini, semoga saya dimurahkan rezeki dan saya berdoa pada Tuhan agar anak saya mudah mendapat surat beranak dan sahkan itu anak saya. "


Almy ada bagitahu yang sepanjang dia bersama dengan anak angkatnya, hati dia selalu tenang melihat senyuman dengan telatah nurafrina. Tawaran berlakon yang almy dapat pulak tak putus-putus setakat ni. Alhamdullillah.. Rezeki untuk keluarga dengan anak angkatnya. Lagi 1 aku rasa nurafrina ni comel ah. Rasa macam nak cubit-cubit je pipi dia. Hehe.

Anyway, all the best to almy nadia. Semoga segala urusan almy untuk anak angkatnya dipermudahkan. Aminn~ 1 gambar terkini almy nadia :

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }