Cukai Perkhidmatan Prabayar 6% Adalah Laporan Palsu

on 17 Mar 2012

Rupanya cukai perkhidmatan prabayar sebanyak 6% yang akan dikenakan kepada pengguna adalah laporan palsu. Spekulasi semata-mata. Korang take note hal ni ok. Kalau-kalau korang dikenakan tax 6%, terus je buat report. Ni sumber yang sah untuk rujukan  :

16 Mac, Bernama - SKMM menjelaskan pihak SKMM tidak pernah mengeluarkan sebarang memo kepada pembekal perkhidmatan selular tentang perlaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak 6% ke atas pelanggan prabayar bermula 1 Julai ini.  

Pengerusi SKMM Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi yang agak marah dengan laporan tersebut berkata, “Laporan tersebut adalah spekulasi semata-mata dan tiada arahan telah dibuat mengenai isu ini.” Dato’ Sharil memberitahu perbincangan sedang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna akan terus menerima perkhidmatan komunikasi pada harga yang berpatutan. 

Sebarang tindakan mengenainya akan mengambil kira kepentingan rakyat dan SKMM akan memastikan supaya rakyat tidak dibebankan. Pihak media dinasihatkan supaya memperbetulkan laporan tersebut dengan segera kerana ianya mengelirukan pengguna.

Sumber : Bernama 


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }