Aaron Aziz Nak Tubuhkan Yayasan Untuk Kanak-Kanak Terbiar

on 2 Mar 2012

Terbaekk~ Kepada peminat aaron aziz, mesti korang tertanya-tanya apa perkembangan terbaru aaron. Selain dari aktiviti penggambaran filem kerat 14 dan sebuah drama baru, aaron sekarang dah pun jadi artis rasmi naungan astro selama 3 tahun bersama johan dengan zizan. Lagi 1, berdasarkan dari sumber, perkembangan terbaru aaron aziz ialah dia akan tubuhkan yayasan sendiri tak lama lagi. Gila ah!


Niat aaron nak tubuhkan yayasan sendiri bermula bila dia mengenangkan kanak-kanak dan golongan tak bernasib baik terbiar dan tak mempunyai tempat berlindung. Ini komen dari aaron kepada blog murai pasal hal ni : 

“Sudah lama saya simpan hasrat tersebut dan pada mulanya saya tergerak hati untuk membina masjid untuk mereka. Apabila difikirkan semula, lebih elok sekiranya saya membina yayasan yang mana boleh dijadikan tempat mereka berlindung"

Pada aku niat aaron memang bagus. Walaupun populariti dia tengah peak dan rezeki makin mencurah-curah, tapi sikit pun dia tak lupa pada golongan yang tak bernasib baik. Dan aku rasa artis-artis tempatan patut contohi aaron aziz. Seriously. Anyway, all the best to aaron. Semoga rancangan ni berjalan lancar.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }