Akhirnya Yusry Dan Lisa Surihani Sah Menjadi Suami Isteri

on 23 Feb 2012

Alhamdullillah.. Untuk peminat lisa dengan yusry yang mengikuti perkembangan pernikahan diaorang, ni ada berita baik untuk korang. Berdasarkan sumber, dengan sekali lafaz, akhirnya yusry dan lisa surihani sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan diaorang tepat jam 9.01 malam tadi.






























Pasangan ini diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Tuan Haji Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, Mohamed Azan Mohamen. Majlis dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.

9 dulang hantaran iaitu cincin, tepak sirih, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone telah diberi oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Pihak pengantin lelaki pula membalas dengan 7 dulang hantaran berupa mas kahwin berupa seutas rantai platinum, cincin, tepak sirih, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila.

Anyway, blog hawau! ingin mengucapkan tahniah kepada lisa dan yusry. Semoga pasangan ini akan berbahagia hingga ke akhir hayat. Insyaallah.

Sumber : Ohbulan
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Miss Ain ♥ said...

sepadan...tahniah untuk mereka..


24 February 2012 at 00:08