Drama Vanila Coklat Akan Difilemkan

on 18 Mar 2012

Drama vanilla coklat akan difilemkan - Tak silap aku, drama vanilla coklat baru je tamat minggu lepas. Dengan lakonan dan jalan cerita yang best, drama ni berjaya menarik lebih 4.5 juta penonton menonton drama ni. Pergh! Dan aku confirm, bahang drama ni masih tak hilang lagi. Bukti? Ramai gila peminat drama ni yang masih lagi bercakap pasal vanilla coklat. 


Well, untuk peminat drama ni, blog hawau ada berita baik punya untuk korang. Disebabkan kejayaan drama bersiri ni, pihak Grand Brilliace Sdn Bhd berminat untuk menerbitkan filem vanilla coklat dengan kerjasama Asia Media Content. Berdasarkan sumber, penggambaran filem vanilla coklat akan bermula pada hujung bulan mei 2012. Lain-lain info tentang filem ni masih lagi tak didedahkan. 

Anyway, mesti peminat drama ni dah tak sabar nak tonton vanilla coklat versi filem pulak kan? Dah meloncat-loncat dah aku tengok tu? Hehe. Aku berani jamin gandingan sekali lagi antara izara dengan aiman pasti akan buat filem ni meletup. Kepada peminat drama vanilla coklat, nantikan update filem ni. 

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

NOOR FATIN said...

hahahha mesti best! harap2 la bestt dari drama kan! ;D


18 March 2012 at 15:53