Tasha Shilla Pergi Kelab Malam Hanya Untuk Tenangkan Fikiran

on 22 Feb 2012

Aku pasti semua tahu dengan khabar angin yang kecoh beberapa hari lepas tentang tasha shilla menari ghairah di sebuah kelab malam. Cakap pasal kelab malam, ramai yang tanya untuk apa tasha datang situ? So ini ada jawapan dari tasha shilla sendiri tentang kehadiran dia di kelab malam tu.


Respon Tasha Shilla :

Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi saya. 

Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya saya melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya. Kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata.

Aku terfikir, boleh ke kita tenangkan fikiran dengan berkunjung ke kelab malam? Dengan bising bunyi muzik, bau asap rokok lagi kat dalam tu. Hurmm lantaklah. Tapi tasha kenalah ingat. Tasha kan artis. Berkunjung ke tempat tu je pun dah boleh mengundang spekulasi yang tak enak. Apa-apa pun, jangan salahkan orang kalau kredibiliti tasha jatuh. Sebab puncanya bermula dari tasha sendiri.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }