Scha Al-yahya Dan Awal Ashaari Nikah 4 Mei 2012

on 28 Mar 2012

Pelakon awal ashaari dan scha al-yahya bakal nikah, tarikh 4 mei 2012 - Berita baik untuk peminat yang follow perkembangan awal ashaari dengan scha al-yahya. Aku diberitahu diaorang dah pun mengumumkan tarikh pernikahan diaorang iaitu pada 4 mei 2012 di satu sidang media yang berlangsung di flora cafe jalan ampang semalam. Majlis persandingan pulak akan berlangsung pada 6 mei di Picc putrajaya.


Apa yang menariknya, perkahwinan awal dan scha dah macam perkahwinan lisa dan yusry : majlis pernikahan diaorang akan disiarkan secara langsung di Astro. Wah.. Aku tengok astro dah mula aktif siarkan majlis kahwin artis. Nak naikkan rating balik kot? Hehe. Tapi dah tentu ni 1 peluang baik untuk peminat scha dan awal yang tak dapat hadir ke majlis pernikahan diaorang. Tengok kat astro je sudah. Cuma waktu siaran je aku tak dapat pastikan lagi. Aku akan update waktu siaran nanti.


Dan sebenarnya awal dah pun merisik scha sejak 6 bulan lepas. Tentang proposal awal di rancangan propaganza baru-baru ni, awal menjelaskan dia buat macam tu semata-mata hanya untuk buat hati scha bertambah cair. Bukan sebab arahan dari pihak atasan Astro. 

Anyway, tahniah diucapkan pada scha dan awal. Nantikan update gambar majlis pernikahan diaorang di blog hawau nanti.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }