Azza Elite Nikah Ahad Ini, Tidak Bertunang

on 27 Mar 2012

Akhirnya azza elite akan bernikah pada hari ahad ni lepas 8 tahun menjanda. Azza akan berkahwin dengan teman lelaki, azlan zulaily, seorang pramugara Air Asia. Berdasarkan sumber, aku difahamkan diaorang mengambil keputusan untuk tak bertunang sebab tak nak buang masa menunggu dan tak nak berdepan dengan dugaan tempoh bertunang.


Apa yang best, cara azlan melamar azza. Azlan melamar azza dengan menggunakan lukisan tablet je. Simple and straight to the point. No wonderla terus azza terima. Kreatif cara dia tapi dalam masa yang sama, sweet!


Pada azza jugak, kalau dah berkemampuan dari segi kewangan, tak perlu tunggu-tunggu lagi. Nikah je terus. Kata azza di mstar online :

Rasanya perkara baik seperti berkahwin ni tak perlulah dilengah-lengahkan. Dan saya rasa kami tak perlu melalui fasa pertunangan. Nanti banyak pula cabaran timbul. Saya tidak mahu melalui itu. Setakat ni 70 peratus persiapan perkahwinan dah dibuat. Saya bersyukur kerana mempunyai teman-teman yang membantu, terutamanya, teman baik saya bernama Sam.

Pertama kali saya berkenalan dengan Azlan, saya dapat rasakan bahawa dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Keikhlasan dan kejujurannya membuatkan saya tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua. Lebih bermakna lagi apabila kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan kami.

Pada aku apa yang azza kata tu ada betulnya. Kalau dah mampu dari segi kewangan, dan malas nak buang masa, tak perlu bertunang pun. Nikah je terus. Lagipun dalam islam mana ada bertunang. Azza akan bernikah di Masjid Bukit Antarabangsa pada ahad depan. Majlis resepsi akan diadakan di pasar raya Mydin ipoh. Cuma tarikh dan waktu majlis resepsi je belum ditetapkan.

Anyway, tahniah aku ucapkan pada azza dan azlan. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Lagi 3 gambar azlan dan azza elite bersama anak angkatnya, marissa janna dengan klik read more. Kredit gambar twitter azza :


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }