Wah betulkah ini? Berdasarkan mstar, air kencing apek dan rakan disahkan positif kanabis iaitu ganja. Hurmm tak silap aku sebelum ni, apek baru je bebas dari tuduhan layan ganja.
Tapi serius, dengan bukti apek positif kanabis ni apek boleh didakwa mengikut seksyen 15(1)(a) akta dadah berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama iaitu penjara maksimum 2 tahun atau denda Rm5000 jika sabit kesalahan. Tapi mungkin disebabkan masih belum cukup fakta-fakta yang tepat, mstar jugak melaporkan perbicaraan kes ini akan dibawa pada 10 mei 2012.
Mungkin pada apek tempoh penjara 2 tahun tu pendek dan jumlah denda sebanyak Rm5000 tu macam Rm 5 hinggit je. Kalau apek sebatang kara, lantak apeklah nak buat apa pun sebab akibat dia apek sendiri yang tanggung. Tapi sekarang apek dah bekeluarga. Apa yang akan berlaku pada apek kelak akan menyusahkan keluarga.
Pada peminat, doakanlah yang terbaik buat apek.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment