Giliran Zarina Anjoulie Pula Yang Akan Bernikah Tak Lama Lagi

on 11 Mar 2012

Percayakah korang yang zarina anjoulie, yang terkenal dengan kontroversi gambar *tuuuutt! (cencored) dulu akan menamatkan status bujang dia tak lama lagi? Aku confirm mesti ada yang tak percaya zarina masih laku lagi kan? Hehe. Berdasarkan sumber, Hmetro hari ni melaporkan zarina anjoulie akan bernikah dengan seorang lelaki (yang masih dirahsiakan identitinya) tak lama lagi.

Harapan zarina bila dah bernikah nanti akan menutup kontroversi dia yang lepas dan harapnya dia takkan dilanda kontroversi lagi. Ini ulasan zarina sendiri pasal hal ni :

"Saya sama sekali tidak mahu mendedahkan siapakah bakal suami kerana takut nanti apa yang berlaku kepada bekas tunang turut berlaku kepada bakal suami. Dulu saya silap, kerana mendedahkan tunang kepada umum. Niat saya baik dan tidak mahu hipokrit, tetap apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bukan itu saja, sehinggakan ada yang sanggup menghantar gambar saya sebelum ini kepada keluarga bakal mentua sehingga menyebabkan hubungan kami terputus. Kali ini saya mahu lebih berhati-hati. 

Saya mahu cepat bernikah kerana itulah jalan terbaik. Tambahan pula saya harap dengan keputusan ni saya tidak lagi dikaitkan dengan kontroversi yang boleh mengaibkan. Kalau selepas bergelar isteri ada lagi orang nak cerita buruk mengenai saya terutama mengaitkan dengan mana-mana lelaki, saya tidak tahu hendak kata apa lagi. "

Pada aku keputusan zarina bernikah untuk menghindari kontroversi ialah keputusan yang tepat. Sekurang-kurangnya nanti akan kurang gosip pasal zarina sebab dia dah kahwin. Anyway untuk peminat zarina anjoulie, jemputan majlis kahwin hanya untuk kaum keluarga dan rakan terdekat. Semoga segala perancangan zarina akan berjalan dengan lancar. Insya-allah.


*Bab pakaian jaga ler zarina oi. Kata tak nak ada kontroversi lagi.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }