Empat Hari Kritikal, Anak Rini Af 7 Meninggal Dunia

on 18 Aug 2012

Setelah empat hari kritikal, anak sulung rini af 7meninggal dunia. Maryam Joanna Johanis, yang dilahirkan pada 9 Ogos lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang. 

anak rini af7 meninggal dunia


Maryam dibawa ke hospital selepas terjatuh dari katil secara tertiarap. Berita pemergian Maryam disahkan oleh rakan Rini yang juga penyanyi, Isma menerusi laman twitternya. Menurut Isma ketika menziarahi arwah, Rini berada dalam keadaan stabil dan redha dengan ketentuan Illahi. 

“Walapun beberapa hari sebelum Syawal tiba, namun Rini kelihatan cukup tenang berbanding di awal insiden beberapa hari lalu,” kata Isma. Wartawan Sinar Harian cuba menghubungi Rini, namun gagal. Rini melahirkan Maryam di Hospital Putrajaya jam 9.34 pagi Khamis lalu dengan berat 4.25 kilogram secara pembedahan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }