Ni gambar neelofa berjumpa dengan nur amalina che bakri di scotland. Aku masih tak dapat korek sebab neelofa ke scotland. Mungkin atas urusan kerja tak pun bercuti dengan keluarga. Gambar ni diambil dari fanpage official neelofa.
Anyway, macam yang kita tahu sebelum ni nur amalina berjaya buatkan majoriti rakyat malaysia naik angin dengan isu gambar seksi yang pada aku biasa je tapi tak kena pada majoriti mereka yang tak reti-reti nak cermin diri sendiri dulu sebelum mengata orang lain. Hehe. Ah, biarlah. Tu cerita lama. Tutup buku dah.
Apa apa pun dua wanita ni mempunyai tanggungjawap yang besar dalam menaikkan lagi nama malaysia di mata dunia melalui bidang mereka yang tersendiri. Pada peminat, sama-sama kita doakan kejayaan diaorang ni.
*Update - Tujuan neelofa ke scotland ialah untuk rakaman rancangan Nona. Ada interview neelofa dengan nur amalina. Akan bersiaran kat tv 3 tak lama lagi.
{ 1 comments... read them below or add one }
Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah mencegahnya dgn tangannya, sekiranya dia tak mampu, dgn lidahnya, sekiranya tak mampu, dgn hatinya dan ini adalah selemah-lemah iman - Hadith.
Sesiapa yang melihat kemungkaran dan menganggap biasa-biasa aje malah disokong didokong diperpanjangkan pendapat menyokong....didoakan moga Allah swt mencampakkan HIDAYAHNYA ke atas orang ini, sesungguhnya dia sedang diperdaya oleh Syaitan durjana.
9 April 2012 at 10:52
Post a Comment