Adakah korang tahu dengan fakta ini : Sehari selepas lisa bernikah, tiba pula giliran ahmad aznaim dan ana raffali bergelar suami isteri? Kalau korang peminat ana raffali, mesti tahu fakta ni. Kalau tak tahu bermakna korang bukan peminat. Tapi poser. Heheheh.
Anyway, majlis nikah ana dan aznaim telah diadakan secara ringkas di masjid al-hidayah gombak dan syukur alhamdullillah, ana dan aznaim telah sah bergelar suami isteri setelah aznaim melafazkan akad nikah tepat jam 11.50 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh ayah ana raffali.
Tentang hantaran, pihak lelaki menghantar 7 dulang hantaran berupa sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan, gelang tangan perak & wang hantaran & mas kahwin sebanyak RM11,412. Pihak perempuan pulak membalas dengan 9 dulang hantaran berupa bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin & sirih junjung.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada ana dan suami. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Bawah ni gambar majlis nikah ana raffali dan ahmad aznaim. Terima kasih rotikaya untuk gambar ini. Klik read more untuk view gambar penuh.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment