Akhirnya liyana jasmay selamat bertunang. 1 gambar yang dapat korang tatapi buat masa ni. Majlis pertunangan liyana dan fathuddin mazlan telah berlangsung dengan lancar di rumah pihak perempuan di kemensah height, kuala lumpur.
Pihak lelaki menghantar 5 hantaran berupa telekung, cincin, gucci guilty perfume, cup cakes dan sirih junjung. Pihak perempuan pulak membalas dengan 7 hantaran iaitu set butang baju melayu, sehelai kain samping, kek, cup cakes, biskut, senaskah al-quran, dan Dunhill.. Bukan rokok! Tapi perfume. Hehe. Dan fathuddin mazlan dan liyana jasmay dah pun memberi kata putus untuk bernikah pada 24 januari 2013.
Anyway, setinggi-tinggi tahniah diucapkan pada liyana dan fathuddin. Maaf dengan update yang terlalu ringkas ni. Aku agak terkejar-kejar dengan urusan kerja sebenarnya. Kalau takde aral melintang, esok aku akan update gambar pertunangan diaorang.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment