Sazzy Falak Bakal Melancarkan Clothing Brand Sendiri Tak Lama Lagi

on 20 Mar 2012

Nampaknya karier sazzy falak sebagai artis akan melangkah setapak lagi tak lama lagi. Sazzy dah pun siap merancang membuka perniagaan pakaian dan bakal dilancarkan tak lama lagi. Fuh, makin masyukla income sazzy falak lepas ni. 


"Sf By Sf", nama untuk perniagaan clothing brand sazzy falak yang bermaksud Street Fashion By Sazzy Falak. "Sf By Sf" pada aku boleh pergi jauh sebab nama tu memang komersial dan mempunyai tarikan tersendiri. Kena pulak rekaan street fashion yang sempoi dan awesome, confirm laku punyalah clothing SF By Sf ni.

Kata Sazzy Falak di mstar.com.my :

“Saya suka pada konsep street fashion yang ringkas dan ranggi. Sebab itu saya memilih untuk mengetengahkan pakaian begini. Ia mampu dimiliki dan menawarkan pelbagai pilihan kepada kaum perempuan dari peringkat kolej sehingga awal 30-an.” 

Pada aku apa yang sazzy buat ni sememangnya 1 langkah yang bijak. Memang dah jadi 1 kemestian untuk artis-artis mempunyai perniagaan sendiri. Kalau nak harapkan income sebagai artis semata-mata, memang tak cukup punya. Lagipun jadi artis ni, tak semestinya laku sepanjang masa. Ada masa artis tu akan jatuh jugak. Bila jatuh, duit tak masuk dah. Sebab tulah penting bagi artis mempunyai bisnes sendiri. 

Anyway, tahniah diucapkan kepada sazzy falak. Semoga segala perancangan sazzy dengan perniagaannya akan berjalan seperti yang dirancangkan. 1st day opening nanti jangan lupa bagi admin blog hawau 90% diskaun. Customer lain bagi je fixed price. Hehehe.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }