Alhamdulllillah. Lega aku bila dapat tahu aniq erza anak rozita che wan yang dilaporkakan hilang sebelum ni akhirnya ditemui semula. Berdasarkan sumber, gerakan mencari menemui aniq erza di rumah kawan dia di USJ subang jaya.
Ini respon dari rozita che wan dari mstar.com.my :
"Saya panik apabila mengetahui dia hilang tanpa sebarang sebab tetapi akhirnya dia dapat ditemui atas bantuan pihak polis dan rakan-rakannya yang memberikan informasi di mana dia berada. Dia beritahu polis dia lari dari rumah sebab merajuk kerana saya melebih-lebihkan si abang daripada dirinya."
Memang manja aniq erza ni. Hehe. Tapi serius, dari sini kita boleh nampak bukan senang jadi seorang ibu. Tapi aku pasti rozita ibu yang baik, takkan pilih kasih dengan anak-anak dia. Cuma yelah, budak-budak. Tak boleh kurang sikit, mesti nak lebih. Kalau tak merajuklah jawapnya. Tapi yang pasti, takde siapa yang bersalah dalam hal ni.
Heharapnya hal macam ni takkan berlaku lagilah. Kita pun tahu macam mana keadaan negara kita sekarang ni. Kes culik makin menjadi-jadi. Anyway, orang kata mencegah lagi baik dari berubat. So sebelum jadi yang bukan-bukan, ada baiknya berhati-hati.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment