Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia Dilanjutkan

on 19 Mar 2012

Rayuan Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Dilanjutkan - Tempoh mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya tamat Khamis lalu dilanjutkan sehingga satu tarikh yang belum ditentukan.

"Kita tak tetapkan tarikh sampai bila. Tapi kita harap sehingga akhir Mac ini majoriti pemohon sudah membuat rayuan," kata menteri kewangan kedua, datuk seri ahmad husni. Ini kerana pada April ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agensi yang dipertanggungjawabkan permohonan BR1M akan terbabit dalam proses kutipan hasil cukai.

“Agensi itu sudah diberi mandat lebih luas untuk menambah hasil kutipan cukai, jadi mereka (pemohon BR1M) tidak sepatutnya berlengah untuk mengisi borang rayuan,” katanya. Pertengahan bulan lalu, Najib mengumumkan kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan permohonan BR1M selepas 15 Mac.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, agensi berkaitan juga menumpukan kepada senarai penerima program eKasih dan senarai individu yang direkodkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), termasuk di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak. 

“Jumlah keseluruhan pemohon BR1M yang tersenarai dalam eKasih dan JKM berjumlah 750,000. Jadi, kita sedang membuat pemeriksaan bagi memastikan mereka yang sudah menerima bantuan dikeluarkan daripada senarai pemohon menunggu,” katanya. 

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan RM1.92 bilion untuk program BR1M sehingga 1 Mac lalu, yang memberi manfaat kepada 3.8 juta atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah. Sehingga tarikh berkenaan, 972,000 atau 20 peratus lagi gagal. 

Antara sebab permohonan gagal ialah kerana permohonan bertindih, maklumat pemohon serta pasangan dan tanggungan tidak lengkap, pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan pemohon atau pasangan termasuk dalam kategori pembayar cukai pendapatan.

Sumber : Hmetro.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }