JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan itu, pemilik pusat asuhan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.
“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
Polis juga menerima tiga aduan berhubung penyebaran rakaman video memaparkan tujuh bayi didera pengasuh dan dua pengasuh disyaki terbabit sudah dipanggil untuk disoal siasat.
Dua wanita terbabit, masing-masing berusia 20 dan 22 tahun.
*Blog Hawau : Ni rakaman video tu
Sumber : Hmetro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment