Suami Pelakon Nadia Mustafar Dipukul Di Pusat Hiburan

on 28 Feb 2012

Aku rasa kesian dengan nadia. Suami dia, hazil izham  patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri sebab dibelasah 20 orang lelaki dekat sebuah pusat hiburan berhampiran jalan sultan ismail awal pagi semalam. Apa yang menggerunkan aku ialah bila tengok kesan kena belasah kat gambar bawah ni. Teruk weh.


Berdasarkan dari Hmetro, tujuan hazil datang ke pusat hiburan tu ialah untuk berjumpa dengan krew penerbitannya kerana urusan penggambaran. Tak lama lepas tu datang sekumpulan lelaki yang tak puas hati kerana seorang krew penerbitannya merokok di kawasan larangan. Kenyataan hazil di hmetro :


Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul krew saya yang lain. 

Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya.

Sebabkan hentakan 2 botol kaca tu, hazil perlu melakukan pemeriksaan lanjut di kepalanya dan sekarang hazil dirawat di sebuah hospital pakar bangsar. Anyway, diharapkan nadia dan hazil kuatkan semangat dan bersabar dalam menghadapi masalah ni.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }