Apostates Of Islam: 1 Lagi Laman Web Untuk Umat Islam Yang Murtad

on 23 Feb 2012

KUALA LUMPUR : Selepas kewujudan kelab murtad di facebook, satu laman web sokongan murtad Apostates of Islam secara terbuka merekrut seberapa ramai ahli yang sudah meninggalkan Islam di seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman mereka menjadi murtad dan memburuk-burukkan agama ini. 

Laman web berkenaan dipercayai bukan berasal dari negara ini dan bebas dilawati sesiapa saja, Bagaimanapun, pemerhatian Harian Metro mendapati ruangan testimonial di laman berkenaan turut disertai lebih 10 orang dari negara ini. 

Selain mendedahkan pengalaman peribadi masing-masing meninggalkan agama suci ini, mereka turut mempertikaikan undang-undang syariah negara ini seperti kedudukan mereka yang sudah murtad, soal perkahwinan selepas murtad dan kedudukan anak sekiranya mereka mengahwini pasangan bukan Islam. 

Seorang ahli yang menggunakan nama samaran Murtad Mama yang mengakui seorang Melayu sebelum ini mendakwa kononnya meninggalkan Islam kerana tidak lagi mempercayai agama itu dan sejak awal tidak suka mengamalkan ajaran Islam yang dianggapnya sukar, namun tetap melakukannya kerana dipaksa ibu bapanya.

Murtad Mama dipercayai nama samaran bagi seorang wanita yang mempunyai laman blog masih aktif dan mendedahkan dirinya sebagai pengasas kumpulan sokongan online Murtads from Malaysia yang ditubuhkan pada 2003 dan pernah disekat sebelum ini. 

Dalam pengakuannya juga dia dengan lantang meminta diberikan kebebasan supaya orang Islam boleh murtad dengan mudah dan mewujudkan kumpulan sokongan itu bagi membantu dan memberi perlindungan kepada individu yang murtad di negara ini. 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }