Siti Saleha Sambut Aidilfitri Sendirian

on 18 Aug 2012

Pelakon muda berpotensi, Siti Saleha hanya berpeluang menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitiri secara sederhana dan sendirian. Memandangkan ahli keluarganya bukanlah dari jumlah yang besar, Saleha sudah terbiasa menghadapi suasana Raya seorang diri. 

berita siti saleha 2012

Malah, persiapan rayanya untuk tahun ini juga tidak terlalu meriah. “Tahun ini saya tempah dua pasang baju raya sahaja daripada Wanpa. Mungkin saya akan kitar semula baju-baju yang masih boleh dipakai kalau kena menghadiri banyak rumah terbuka nanti. 

“Setiap tahun, keluarga saya hanya menyambut raya secara sederhana kerana bilangan ahli keluarga kami tidak ramai. Bahkan, kami juga tidak pernah punya warna tema untuk baju raya. Selalunya, kami pakai warna hitam sahaja,” kata Saleha yang dipetik dari portal Gua.com. 

Pelakon yang namanya dikenali menerusi drama Nora Elena ini sendiri sudah merancang menyambut Raya dengan pergi bercuti ke Pulau Krabi bersama kakaknya. Namun, kerana kakaknya tidak dapat pulang lebih awal, rancangan itu terpaksa dibatalkan. Jadi, Saleha hanya akan beraya di rumahnya yang terletak di Lembah Klang sahaja. 

“Kalau ikut perancangan awal, hari raya ini saya mahu bercuti ke Krabi bersama-sama kakak saya. Tapi tidak jadi sebab kakak saya tidak dapat pulang awal ke sini. Dia hanya boleh pulang pada penghujung Ogos dan ketika itu saya sudah kembali bekerja. Nampaknya hari raya tahun ini saya akan habiskan masa di Lembah Klang sahaja,” katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }