Syarat Baru Pengambilan Amah Indonesia

on 17 Mar 2012

KUALA LUMPUR - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) rela menarik balik pengambilan amah dari Indonesia jika pemerintah Indonesia bertegas mengenakan syarat baru pengambilan amah dari indonesia (1 amah, 1 tugas) yang membebankan majikan-majikan di Malaysia. 

Pemangku Presidennya, Jeffrey Foo berkata, amah dari negara itu hanya boleh melakukan 1 tugas di rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan dianggap tidak masuk akal. 

"Jika keputusan itu benar-benar hendak diambil, kami tidak bersetuju kerana terang-terang ia tidak relevan. Takkan majikan kena menggaji hingga empat orang amah bagi empat tugasan yang berlainan," katanya di sini semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman yang menyatakan seorang amah hanya menjalankan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700 sebulan. 

Kalau diambil untuk menjadi tukang masak, pembantu rumah tidak dibenarkan menjadi pengasuh bayi.


Sumber : Kosmo.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }