Terkejut aku bila dapat tahu yang rumah mawi dirompak jam 4 pagi tadi. Hampir RM10,000 berjaya dicuri perompak tu. Cuma aku tak diberitahu yang dirompak tu duit atau barang. Tapi paling merisaukan aku ialah keselamatan mawi sekeluarga lagi-lagi cahaya malaika, anak mawi yang baru berusia tak sampai 2 bulan.
Berdasarkan sumber, kejadian rompak berlaku jam 4 pagi, 2 jam selepas mawi pulang dari jelajah ABPBH di johor bahru. Aku difahamkan yang mawi diikat masa kejadian rompak berlaku. Lagi parah masa kejadian berlaku, ekin, ibu mertua dengan cahaya malaika ada kat rumah. Fuh.. Nasib baik semua dilaporkan selamat.
Area rumah mawi memang jadi target perompak sebab situ, tempat orang kaya-kaya. Heharapnya kejadian macam ni tak berlaku lagilah pada mawi sekeluarga. Dan rasanya memang molek sangatlah kalau mawi upah pak guard seorang dua untuk elakkan pisang tak berbuah dua kali. Anyway, pada peminat, doakan keselamatan mawi sekeluarga ye.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment