10 gambar ketika majlis tunang irma hasmie dan rezza ni dikongsikan oleh the kliker wedding & protraiture photography dan rasanya masih belum terlambat untuk aku kongsikan dengan pembaca. Serius, bila tengok irma hasmie dengan busana rekaan hatta dolmat, cair pulak aku sekejap. Cantik! Hehe.
Pada yang tak tahu, majlis pertunangan irma dengan rezza telah selamat berlangsung pada 24 mac lepas di desa coafield, sungai buloh. Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berupa cincin, buah-buahan, kek, manisan, kurma, sejadah telekung, set persalinan wanita dan perfume. Pihak perempuan pulak membalas 9 dulang hantaran berupa persalinan lelaki, kek, sejadah, set mandian, buku motivasi, coklat, shaver (?), manisan kurma dan buah-buahan.
Pada yang tertanya-tanya macam mana rupa rezza, tunang irma hasmie, ni gambar dia.
Melalui sumber yang boleh dipercayai, aku dapat tahu yang irma mengambil keputusan akan bernikah pada 1 julai 2012 ni lepas dapat persetujuan dari keluarga masing-masing. Majlis resespsi pulak akan berlangsung pada 7 julai. Anyway, aku dah tak sabar nak tengok irma dan rezza sah menjadi suami isteri. Untuk peminat, kita sama-sama doakan perancangan irma dan rezza akan menjadi kenyataan dan berjalan dengan lancar.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment