Karipap Berulat : Respon Bekas Pekerja Secret Recipe

on 4 Mar 2012

Ini adalah respon dari bekas pekerja Secret Recipe tentang isu karipap berulat yang berlaku di salah sebuah cawangan secret recipe baru-baru ni. Customer dah tentulah salahkan secret recipe (SR) dan yang kelakarnya, hanya kerana 1 karipap berulat ada customer nak boikot terus secret recipe. Memang 'pandai!'





















Actually, prosedur pengawalan pemakanan telah lama wujud di SR dan prosedur tu teramatlah ketat bagi memastikan kualiti setiap makanan yang dijual terjaga. Kalau dah macam tu, kat mana pulak silapnya? Ikuti respon dari bekas pekerja Secret Recipe sendiri tentang hal ni :

Assalamualaikum. 


Saya merupakan bekas pekerja di Secret Recipe. Setelah membaca komen yang ada di blog ni, boleh saya katakan yang belum ada seorang pun wakil yang berpengetahuan mengenai prosedur pengurusan makanan di Secret Recipe menerangkan fakta sebenar. 

Sepanjang perkhidmatan saya di Secret Recipe, saya telah ditempatkan di bahagian Cake Counter, bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kek, pastry dan kaunter. Jadi, saya mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menerangkan tentang sebab berlakunya kes ini. 

Pertama sekali, bahan makanan yang menjadi isu sekarang ialah “Chicken Curry Puff”, sejenis pastry. Prosedur mengendalikan “Chicken Curry Puff” ialah seperti berikut : 

1. “Chicken Curry Puff” disalut dengan satu lapisan telur. 

2. “Chicken Curry Puff” dibakar di dalah ketuhar sehingga ‘naik’ dan kembang. 

3. “Chicken Curry Puff” diletakkan di dalam “brownie cabinet” di mana suhunya adalah tinggi berbanding suhu bilik. 

Jangka hayat “Chicken Curry Puff” selepas dibakar adalah lebih kurang 5 hari. Prosedur untuk menghidangkan “Chicken Curry Puff” adalah seperti berikut : 

1. “Chicken Curry Puff” dipanaskan di dalam ketuhar mikro selama 2 minit. Suhu selepas dipanaskan mencecah 200′C. 

2. “Chicken Curry Puff” dibakar di dalam ketuhar selama 1 minit untuk tekstur doh yang rangup. 

3. “Chicken Curry Puff” dihidangkan kepada pengguna. 

* Prosedur ini juga tertakluk sekiranya pelanggan ingin membawa pulang “Chicken Curry Puff” tersebut. 
* Bau “Chicken Curry Puff” yang elok dan “Chicken Curry Puff” yang tidak elok amat berbeza dan selalunya dapat dikenalpasti oleh pekerja. 

Oleh itu, ingin saya tegaskan bahawa prosedur pengendalian produk “Chicken Curry Puff” yang telah digariskan oleh HQ Secret Recipe untuk menjaga kualiti produk tersebut. Namun begitu, bumi mana tidak ditimpa hujan, kesilapan yang dilakukan oleh pekerja sedikit sebanyak menjejaskan kualiti produk tersebut.

Antara kesilapan yang mungkin telah terjadi dalam kes ini ialah ; 

1. “Brownie display cabinet” dibuka terlalu lama sehingga menyebabkan lalat atau serangga perosak lain masuk ke dalam kabinet tersebut. 

2. “Chicken Curry Puff” telah melebihi jangka hayat 5 hari dah hal ini tidak disedari oleh pekerja. 

3. Pekerja tidak mengendalikan “Chicken Curry Puff” mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 

Oleh itu, ingin saya tegaskan bahawa perkara ini adalah kesilapan insani dan para pengguna tidak seharusnya memboikot terus restoran Secret Recipe. Akhir kata, saya ingin menggariskan beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh para pengguna agar kes seperti ini tidak berlaku. 

1. Perhatikan gerak geri pekerja. Pastikan dia mengendalikan produk pastry mengikut prosedur yang telah saya terangkan tadi. 

2. Teliti dahulu pastry yang dipamerkan di “brownie display cabinet”. Sekiranya kelihat lemau atau tidak elok, dinasihatkan agar tidak membeli produk tersebut. 

3. Sekiranya anda makan di restoran tersebut dan telah memesan pastry, bau dahulu produk tersebut sebelum makan. Sekiranya normal, potong bahagian tengah dan teliti isi dan dohnya. Begitu juga sekiranya anda ingin membawa pulang. Bau dulu pastry tersebut. 

4. Sekiranya ada bau tak elok, tminta pekerja tersebut meneliti produk yang telah anda beli. Sekiranya betul tidak elok, minta dia ganti dengan yang baru; bukan dari dalam brownie cabinet tetapi yang baru dibakar. Anda akan perlu menunggu untuk beberapa minit, tetapi itu lebih baik berbanding makan produk yang tidak elok. 

*Pekerja pun manusia biasa. Tak lari dari buat kesilapan. 

Sumber : Oh! Tidak
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }