JOHOR BAHRU : “Ketika ini, kami semua belum bersedia menjaga ayah memandangkan masing-masing sibuk dengan rutin harian.
“Insya-Allah, saya akan memujuk ahli keluarga untuk mengambil ayah pada masa depan memandangkan keadaannya yang semakin lemah,” kata seorang daripada anak Wak yang hanya mahu dikenali sebagai Din, ketika ditemui.
Din, 51, berkata, dia bukan sengaja tidak mahu menjaga ayahnya, tetapi dia mempunyai masalah kewangan dan tidak berkemampuan. “Saya sedar tanggungjawab seorang anak, sebelum ini saya juga pernah menjaga makan dan minum ayah, namun demi keluarga, saya terpaksa melepaskan tanggungjawab itu buat sementara waktu,” katanya.
Anak kedua warga emas itu berkata, ketika dia memberi perlindungan kepada ayahnya sebelum ini, masalah timbul apabila isteri dan anaknya tidak selesa dengan kehadiran ayahnya yang mengalami masalah nyanyuk. “Apabila isteri menegur ayah beberapa kali, dia merajuk dan mengambil keputusan keluar dari rumah.
Selepas itu, saya menerima maklumat ayah tinggal di sebuah pondok usang.
“Bagaimanapun, hasrat saya mengunjunginya kurang disenangi ahli keluarga. Saya serba salah, tetapi terpaksa akur demi menjaga perasaan ahli keluarga,” katanya.
Din yang juga peniaga berkata, mereka sekeluarga membuat pembahagian harta selepas abang sulung berusia 56 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung akhir tahun lalu.
“Kerana itu kami membawa ayah pulang (Januari lalu) untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka selain beberapa kekeliruan lain,” katanya.
#Blog hawau : Anak dan isteri lagi penting dari ayah kandung sendiri? Bawa ayah pulang pun semata-mata nak selesaikan urusan harta? Apa pendapat korang pasal ni?
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment