Benarkah kejadian ‘sungai susu’ ni benar-benar berlaku? Apakah yang menyebabkan sungai berkenaan bertukar warna menjadi putih seakan-akan warna air susu..Haa, kalau nak tahu apa fenomena yang menyebabkan keadaan tu berlaku, jom baca lagi.
Untuk pengetahuan anda, air sungai berkenaan bukanlah air susu dan tiada kejadian atau fenomena semulajadi yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Punca sebenar keadaan air sungai tersebut bertukar menjadi putih adalah disebabkan pencemaran lateks asli yang berlaku kira-kira 2 kilometer di Sungai Quxi yang terletak di selatan-timur China.
Hal ini berlaku disebabkan kecuaian salah satu syarikat perdagangan yang diberi hak untuk menjalankan operasi memunggah getah di sungai dan mereka bertanggungjawab dalam menyebabkan air sungai berubah menjadi warna putih.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment