Pelakon Porno Jepun, Sora Aoi Lebih Popular Di China

on 26 Aug 2012

BEIJING: Aktres pelakon lucah jepun, Sora Aoi mencatat sejarah sebagai selebriti filem lucah paling popular di China selepas 41 juta orang mencarinya di Google, angka yang melebihi carian untuk bekas pemimpin negara itu, Mao Zedong mahupun ahli sukan terkenal, Yao Ming serta Confucius. 

gambar pelakon lucah sora aoi

Ia dianggap mengejutkan kerana majoriti daripada filem lakonannya diharamkan di Beijing meskipun orang yang pakar dalam komputer boleh mengelak tapisan pihak berkuasa China menggunakan pelayan proksi. Sora bukan hanya dianggap fenomena ‘hangat’ di China tetapi semakin popular selepas digelar ‘pelacur’ oleh seorang selebriti internet negara itu, baru-baru ini. 

Aktres itu membalas gelaran itu dengan berkata: “Saya tanggalkan pakaian di depan kamera untuk mencari pendapatan tetapi ada yang berpakaian di depan kamera kerana kepentingan peribadi dan muslihat semata-mata.” Tinjauan di internet mendapati Sora mendapat sokongan majoriti, lebih-lebih lagi selepas membintangi filem berjudul Sora Aoi Becomes a Prostitute baru-baru ini. 

Seorang pelayar web berkata: “Sora Aoi seorang bidadari kerana menanggalkan pakaiannya.” Malah, dalam satu pendedahan menggemparkan, sebuah balai polis di timur laut China membuka akaun web yang hanya semata-mata bertujuan mengikuti perkembangan Sora. 

“Semua laman web berita yang terkenal menyiarkan laporan mengenainya. Kami tidak perlu pergi jauh untuk mengikuti perkembangannya,” kata seorang warga China. – Agensi
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }