Suntik Wajah : Patutlah Ziana Zain Sentiasa Nampak Cantik

on 22 Feb 2012

Bila nampak ziana kat tv sebelum ni, aku terfikir macam mana agaknya ziana zain maintain cantik walaupun dah berusia. Pakai safia rania gold ke? Facial ke? Rupa-rupanya ziana zain suntik kolagen pada wajah. No wonderlah sentiasa nampak cantik walaupun umur dah 45. Tak nampak langsung kedutan atau tanda penuaan. By the way, ini bukan aku reka-reka cerita. Ni diakui sendiri oleh ziana zain.





















Ini respon ziana zain pasal hal ni :

"Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat.

Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai.

Saya tidak mensyorkan kepada sesiapa, tetapi cukuplah saya katakan tepuk dada tanyalah selera. Alhamdulillah selepas menggunakannya wajah saya tampak segar, kulit muka saya kembali tegang dan ianya nyata telah mengembalikan keremajaan saya"

Hurmm umur masuk 45 adalah masa yang sesuai untuk suntik kolagen? Kalu gitu, harap-harapnya kak ziana ada terfikirla umur 45 adalah masa yang sangat sesuai untuk tutup aurat jugak. Apa pulak pandangan korang pasal hal ni?

Sumber : Forum Cari
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Fathiah Hamim said...

hehehe ayat last tuh best! kolagen kolagen jugak, aurat bila mau tutup yek?
hehe takpe la semoga Allah memberi hidayah kepada kak ziana :)


17 February 2012 at 11:53