Sebenarnya khabar angin aliff aziz dan anne ngasri bercinta dah lama timbul sebelum ni. Cuma pengesahan dari kedua tuan punya badan je tak dapat dipastikan lagi. Baru-baru ni wartawan akhbar utusan malaysia cuba mendapatkan penjelasan hal ni dari anne sendiri.
Kata anne :
"Saya akui kami memang serasi dan juga senang untuk dibawa berbincang.
Lagipun jika Aliff ada sebarang masalah atau ada apa yang ingin dia luahkan, dia akan beritahu saya.
Kami memang kawan rapat dan buat masa sekarang saya tidak mahu meletakkan apa-apa status dalam hubungan kami.
Apa yang penting, kami tidak hipokrit dan andainya hubungan ini nanti bakal membawa ke gerbang perkahwinan, kami akan beritahu
Saya beritahu dia agar fokus kepada kerjaya dia dan saya pula fokus terhadap kerja saya.
Kadang-kala jika dia ada masalah, kalau saya boleh tolong, saya tolong."
Ok lah. Kalau dah jodoh, hati dah suka, kahwin jelah kan? Lagipun tak silap aku, 3 tahun dah anne menjanda. Jadi mungkin dah tiba masanya untuk anne tamatkan status janda tu. Lagi 1 dengan adanya aliff sebagai suami dan bapa nanti, dapatla meringankan beban anne sedikit sebanyak dalam menjaga 3 orang anak dia. Insyaallah.
Anyway, blog hawau doakan yang terbaik buat anne. Semoga hubungan dan perancangan anne ngasri dan aliff aziz berjalan dengan lancar. Kredit : Utusan Malaysia (info) dan facebook lenny emelda (gambar anne). Lagi 2 gambar terbaru anne :
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment