Seluar Dalam Dan 3 Ekor Ayam Untuk 'Diana Daniel'

on 27 Feb 2012

KUALA LUMPUR : Memiliki wajah jelita seakan-akan artis terkenal Diana Danielle memberi tekanan emosi kepada seorang gadis apabila diganggu peminat misteri yang mengirimkan pelbagai barangan termasuk seluar dalam dan ayam hidup ke rumahnya. 


Suspek mula mengganggu gadis yang mahu dikenali sebagai Wani, 21, itu sejak dua minggu lalu dengan menghantar pelbagai barangan seperti cincin dan rantai leher dengan meletakkannya di dalam peti surat di rumahnya di Setapak Jaya, di sini. 

Mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat teknologi maklumat berkata, peminat misteri itu kerap menghantar objek pelik ke rumahnya, terutama ketika dia keluar bekerja. Katanya, gangguan pertama apabila dia mula menerima sekeping nota tertulis nama pelakon Diana Danielle. 

“Gangguan kedua berlaku Selasa lalu apabila saya menerima sampul surat berisi seluar dalam terpakai lelaki yang dimasukkan di dalam peti surat rumah,” katanya yang membuat laporan polis pertama di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, malam kelmarin.

Sumber : myMetro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }