Merokok Punca Puting Payudara Jadi Hitam Dan Kendur

on 26 Feb 2012

Selama ini, kebanyakan orang hanya mengetahui akibat merokok akan menyebabkan penyakit paru-paru atau kanser saja. Tetapi tahukah korang merokok juga boleh membuat puting payudara perempuan menjadi hitam dan kendur teruk? 


Ahli bedah plastik dari Metro Detroit Amerika Serikat, Dr Anthony Youn dalam blog CNN berkata merokok akan menyebabkan puting payudara perempuan berubah menjadi hitam dan rosak. Youn menjelaskan, fenomena ini disebabkan kandungan nikotin dan karbon monoksida yang terdapat dalam asap rokok berpotensi menyebabkan aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh tersumbat. 

Jika ada bahagian tubuh yang menerima darah terlalu sedikit atau darah tak mengalir langsung, bahagian tubuh tersebut akan mati. Puting payudara mempunyai saluran darah yang kecil dan sekiranya saluran darah tu tersumbat, puting payudara akan menjadi hitam dan kendur teruk. 

Sebagai bukti, Youn menceritakan pengalamannya ketika merawat seorang pesakit perokok perempuan di mana ketika itu puting payudaranya berubah menjadi hitam. Untuk merawat pesakit ini, Youn menggunakan cara rawatan menggunakan lintah untuk mengeluarkan darah kotor yang tersumbat di saluran darah kecil dari tubuh si pesakit. Dengan lintah ini, puting tu berubah perlahan-lahan dari warna hitam ke warna unggu seterusnya berubah ke warna normal puting payudara, pink/coklat. 

#Blog hawau : Kita tahu rokok adalah punca pelbagai penyakit. Memang tak patut pun hisab rokok tak kiralah apa sekalipun alasan kita. Untuk perempuan yang merokok, berhentilah ye. Nak ke puting payudara korang tu jadi hitam legam dan kendur teruk? Lelaki tak nak kat korang nanti woo.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }