Sebuah akhbar arab yang diterbitkan di arab saudi telah mendakwa Kurt westergaard, kartunis dari denmark (yang telah melukis kartun nabi muhammad s.a.w) telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran yg pelik.
Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan berita, sebab kematian dan bagaimana kebakaran berlaku dan kenapa hanya bilik kurt saja yang terbakar. Siasatan awal menunjukkan kurt telah menerima banyak ancaman dari umat Islam seluruh dunia selepas penerbitan kartun nabi muhammad yang berulang-ulang kali diterbitkan di akhbar Eropah.
Pada Februari 2008, tiga lelaki warga arab yang berang dengan perbuatan kurt telah ditangkap polis atas tuduhan cuba membunuh kurt. Tak lama lepas tu seorang lelaki Somalia pula cuba menikam kurt tetapi polis yang menjaga rumahnya sempat menyelamatkan kurt.
Apa-apa pun pihak berkuasa denmark masih lagi tak dapat apa-apa bukti tentang punca kebakaran di bilik kurt. Menurut BBC, westergaard pernah berkata dia tak pernah berasa kesal kerana melakukan perbuatan yang berbaur provokasi ni (lukis kartun nabi muhammad).
Akhbar Saudi melaporkan kematian kurt menunjukkan betapa berkuasanya Allah SWT : walaupun bilik kurt dilindungi dinding foolproof , ia tetap tidak dapat mengelakkan kurt dari ajal.
Sumber : Informasi.my
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment